Jika anda cukup lama mengenali model-model keluaran Apple iPhone pastinya anda tahu jenama ini kerap menukar charging port mereka setelah hampir 4 hingga 5 tahun digunakan.

Apple mula merasmikan iPhone sedekad yang lalu dengan penyertaan 30-pin port sebelum digantikan dengan lightning port selepas 5 tahun.

Perubahan kepada charging port ini sekali lagi dapat kita lihat menerusi model yang bakal dikeluarkan Apple seawal 2018 sesuai dengan matlamat mereka iaitu thinner and lighter smartphone.

Rekaan konsep Apple iPhone 8. Sumber: PhoneArena

Meskipun perubahan terbaru Apple ini bakal menyusahkan pengguna model sebelumnya, jenama ini nampaknya bakal terus komited membawa perubahan sekaligus menjadi trendsetter sepertimana yang dibuat pada Apple iPhone 7 yang hadir tanpa headphone jack.

Semuanya tidak lama sebelum beberapa jenama smartphone turut mengikut jejak langkah yang sama. Kemungkinan penggunaan wireless charging bakal menggantikan kaedah pengecasan tradisional seperti yang banyak digunakan smartphone pada masa kini.

Baca lagi: Apple iPhone 6 Terima Diskaun Lagi, Kini Mula Ditawarkan Dengan Harga RM1499 Sahaja