Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia untuk aktiviti pendakian.

Sering berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang porter di Gunung Kinabalu, seorang pengguna TikTok @jvymius97_aolm telah berkongsi upahnya membawa barangan dari titik mula ke base camp Panalaban (Laban Rata) sejauh 6 kilometer.

https://www.tiktok.com/@jvymius97_aolm/video/7109692043026353434?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menurutnya, upah yang dia dapat mengikut berat dimana RM5 untuk satu kilogram dan masa pendakian mengambil masa 4 jam naik dan 3 jam untuk turun. Tambahnya, dia akan tetap bersemangat dan berjuang untuk teruskan hidup.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan upah yang diterima lelaki itu kerana dirasakan tidak berbaloi.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan sepatutnya harga upah dinaikkan sedikit kerana bukan mudah untuk mengangkat barang yang berat mendaki gunung.

Malah, rata-rata netizen berharap upah lelaki itu dan juga porter lain diberi harga setimpal kerana bukan mudah untuk bawa barang berat mendaki gunung kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Sementara itu, kami kongsikan cara mendaki Gunung Kinabalu dengan bajet yang ‘murah’. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lanjut.

Bagaimana Saya Mendaki Gunung Kinabalu Dengan Bajet Keseluruhan Bawah RM1000

Tidak Kenal Erti Mengalah, Ibu Bawa Anak Berusia Tiga Tahun Tawan Puncak Kinabalu