Kali ini, Vocket Makan nak bawa anda ke satu lagi hotspot bazar Ramadhan untuk mendapatkan menu berbuka puasa. Kami bawakan anda ke bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Kawasan Bandar Sri Permaisuri ini memang padat. Bazar Ramadhan ini terletak berhampiran dengan Padang Bola Sepak DBKL. Kepadatan penduduk di sini menyebabkan ramai orang singgah ke bazar Ramadhan yang panjang ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

BACA: VIP Roti John Dan Air Kelapa Nipah Bazar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn Pasti Buat Anda Kecur Lidah

11650894_10206797889603078_2104430764_n

Sampai sahaja di sini, kami terus jalan-jalan mencari juadah yang istimewa yang ingin kami kongsikan dengan anda. Banyak jenis lauk pauk yang terdapat di sini dan kami pun rambang mata nak memilihnya sebab bazar ini memang panjang.

Kami perasan ada satu gerai yang menyediakan murtabak goreng di sini. Tiada nama kedai dipaparkan, yang ada hanyalah banner yang direntang dan ditulis “Murtabak Goreng Ayam & Daging”.

11657373_10206797896683255_314543062_n

Apa yang istimewanya cara penyediaan murtabak goreng ini adalah, ia tidak menggunakan doh seperti murtabak biasa sebagai kulitnya, ia menggunakan kulit popia bersaiz besar sebagai ganti doh murtabak tersebut. Kemudian, ia tidak dibakar di atas kuali lalu diterbalikkan berulang kali sehingga masak. Murtabak goreng ini direndam dan digoreng dalam minyak yang banyak dan panas.

11653218_10206797895643229_1477313864_n

Selesai digoreng, ia akan ditoskan minyaknya di atas relai besi supaya lebihan minyak dapat turun. Harga untuk satu murtabak goreng ini tak kira sama ada ayam atau daging adalah RM2.00. Kami beli 2 murtabak ayam dan 2 murtabak daging untuk dibawa pulang.

11124892_10206797896443249_944811334_n

BACA: Vocket makan… Restoran Lontong Klang Di Shah Alam

Tak cukup dengan satu juadah, kami jalan lagi dalam kawasan bazar Ramadhan ini. Ternampak satu gerai yang sedang dikerumuni orang ramai, kami singgah ke sana. Gerai ini ada terpampang banner “Kuih Bakar Asli Melaka”. Apabila kami singgah di gerai itu, memang satu jenis kuih sahaja yang dijual iaitu kuih bakar.

11119467_10206797893803183_1954708962_n

Kuih bakar ini telah siap tersedia untuk pengunjung beli. Pengunjung hanya perlu menyatakan berapa banyak kuantiti kuih yang diingini dan pekedai akan tolong potongkan kuih untuk kita. Harga kuih ini adalah RM2.50 sekeping. Kami beli satu dan terus pulang ke rumah.

11637829_10206797891083115_146488676_n

Tiba waktu berbuka, kami pun nikmati kedua-dua juadah ini.

Untuk murtabak daging dan ayam, dari segi rasanya tak jauh beza dengan murtabak yang biasa. Yang menjadikan ia istimewa adalah kulitnya yang sedikit keras seperti popia. Isi daging dan ayam yang dicincang memang banyak dan dapat menambahkan keenakan murtabak goreng ini. Dicicah pula dengan kuah sos yang disediakan. Memang menjilat jari!

11651062_10206797887883035_904186799_n

murtabak2

Kuih bakar ini mempunyai tekstur yang padat dan kenyal, tidak terlalu gebu mahupun lembik. Bentuknya juga cantik dan memang dapat menarik minat peminat kuih ini. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak. Sesuai untuk orang yang nak jaga badan dibulan Ramadhan ini. Kuih ini dibakar elok sahaja, tiada rasa pahit yang timbul akibat daripada pembakaran terhadap kuih.

kuih bakar

kuih bakar 2

Itu sahaja 2 menu juadah berbuka puasa kami kongsikan kali ini. Kita jumpa di post akan datang pula. Kalau anda teringin untuk menikmati juadah berbuka puasa begini, silalah datang ke bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri. (waze)

BACA: Vocket Makan… Patin Masak Tempoyak di Ana Patin House, Mutiara Damansara

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram