Musang King bukan durian biasa-biasa kerana ia dianggap “Rolex” dalam dunia durian. Kulit hijau kekuningan, isi tebal warna kuning kunyit, dan rasa pahit-manis seimbang menjadikannya durian paling dicari di Asia.
Permintaan global pun tinggi, sampai pernah jadi antara durian termahal di China.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Alif Al Badri telah meraih perhatian ramai susulan pengenalan akan kewujudan buah musang king versi Indonesia.
Dia dilihat mempunyai dua buah durian versi Indonesia dan Malaysia di atas mejanya.
Walapun dari varieti yang sama, rupa luarannya ada sedikit perbezaan seperti dari Indonesia tampak lebih simetri untuk bentuknya dan saiznya lebih besar sementara berasal dari Malaysia datang dalam saiz yang kecil serta bentuk yang tidak sekata.
Tetapi perlu diambil dikira, buah durian Malaysia yang diterimanya adalah gred B, jadi terdapat beberapa ciri tidak sempurna yang terdapat pada gred A.
Untuk rupa isinya, kedua-dua didapati berkongsi karakteristik yang serupa.
Setelah dirasai kedua-dua durian musang king itu, dia menyimpulkan bahawa buah dari Malaysia adalah paling sedap setakat ini, boleh dikatakan mereka masih belum mampu menyaingi kualiti dari Malaysia.
Malah, sewaktu merasai ulasan durian dari Malaysia, reaksinya sangat teruja dan seronok menikmatinya sambil mengatakan ia berulang kali sebagai ‘Perfecto’ atau bahasa mudahnya sempurna.
“Nakal, pohon tua, jatuhan pohon pula, dia berani, dia kuat, dari aromanya, karbonasinya, pahitnya adalah pahit yang asyik (sedap) dan bukan pahit yang ngawur (mengecewakan).
“Ukurannya kecil, bentuknya tak sempurna, grednya bukan gred A tapi kualitinya tetap premium, yang dari Indonesia masih perlu PR untuk boleh sampai di sini,” ulas lanjutnya.
@
Nampaknya Musang King Malaysia masih kekal sebagai pemegang takhta Raja di dalam perihal ini.