Akhirnya hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba, dan ianya lebih menggembirakan buat Hello Universe PLT untuk mempersembahkan konsert MUSE ‘The Will of The People’ TOUR 2023 – secara eksklusif di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Julai 2023 dan merupakan satu-satunya hentian konsert di Asia.

Ini juga merupakan sasaran dan impian Hello Universe untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan untuk artis-artis global antarabangsa. Dengan kehadiran eksklusif Muse di jelajah ‘Will of the People’ di Malaysia ini, diharapkan dapat menaikkan prestij Malaysia di mata dunia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pemenang anugerah Grammy dua kali, Muse disenaraikan sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia selain telah mendapat pengiktirafan secara meluas sebagai salah satu Live Band terbaik di dunia.

Muse secara konsistennya telahpun berjaya menghasilkan banyak persembahan yang menakjubkan dan untuk konsert jelajah dunia ‘Will of The People 2023’ yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti juga tidak terkecuali. Album baru Muse yang ditunggu-tunggu, ‘Will of The People’ sekali lagi menunjukkan bahawa Muse tidak hanya tertumpu kepada genre tunggal sahaja. Dihasilkan sepenuhnya oleh ahli kumpulan ini sendiri, album ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam krisis dunia semasa yang semakin meningkat.

Apa yang lebih menarik mengenai album ‘Will of The People’ ini, ia telah menyediakan platform muat turun secara langsung ke pra pesanan yang pastinya telah menyemarak dan mencetuskan reaksi yang mengkagumkan buat peminat fanatik mereka dan menjadikan keluaran album mereka ini lebih dinati-nantikan.

Selain itu, Muse yang juga pemenang 70 anugerah muzik rock antarabangsa daripada 174 pencalonan ini akhirnya meleraikan penantian peminat mereka dan akan mengadakan konsert secara langsung dan eksklusif hanya di Malaysia.

Disebalik pelbagai kesukaran dan cabaran bagi membawa Muse ke Asia dan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya persinggahan konsert ‘Will of The People’ ini, konsert ini sudah pasti akan berjaya menarik kesemua peminat fanatik kumpulan rock ini dari setiap pelusuk negara dan benua terutamanya dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia. Kami juga mensasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 kapasiti orang ramai yang akan hadir untuk menyaksikan konsert yang sangat luar biasa ini di Malaysia.

Untuk rekod, konsert Muse yang terakhir di Asia adalah pada tahun 2019 di mana berlangsungnya Singapore Grand Prix, yang juga merupakan sebahagian dari jelajah konsert ‘Teori Simulation’. Sebelum itu juga, jelajah Asia terakhir mereka adalah pada tahun 2015 dimana ia sebahagian daripada jelajah ‘Drones’ yang menyaksikan mereka membuat persembahan di Beijing, Shanghai, Singapura, Hong Kong dan Seoul. Konsert Muse yang terakhir di Kuala Lumpur telah diadakan 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2007.

“Kami sangat berbesar hati akhirnya dapat mengumumkan bahawa ‘Will of The People’ one night only special for Asia, akan diadakan di Malaysia” kata Adam Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe. “Malaysia kaya dengan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Disamping itu, mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak akan pernah menjadi masalah, malah Muse amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan di Malaysia.

“Dengan mengadakan konsert dan festival, ia secara tidak langsung merupakan cara terbaik bagi membantu membaikpulih serta merangsangkan ekonomi negara yang terjejas berikutan oleh pandemik yang melanda sebelum ini. Selain daripada menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti untuk penduduk tempatan” tambah Adam Ashraf.

Kumpulan Muse sendiri berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana. Kami akhirnya kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023.”

Seiring dengan itu, kami, Hello Universe berterima kasih atas sokongan dan dokongan dari pihak Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pelancongan, dalam mengiktiraf usaha kami dalam usaha untuk mempromosikan aktiviti hiburan di Malaysia secara global dan meletakkan Malaysia di atas peta dunia sebagai antara destinasi acara hiburan utama untuk Asia.

Tiket pra-jualan bermula pada Khamis, 2 Mac 2023 jam 10 pagi waktu tempatan. Manakala jualan tiket kepada orang awam pula akan mula dijual pada Jumaat, 3 Mac pada jam 10 pagi waktu tempatan.