Malaysia dijangka mengalami cuaca sejuk yang tidak dijangka. Pakar iklim meramalkan penurunan suhu yang boleh berlanjutan sehingga bulan depan.
Malay Mail melaporkan hari ini bahawa menurut pakar meteorologi Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, Semenanjung Malaysia dijangka menyaksikan suhu purata antara 21°C hingga 25°C untuk sekurang-kurangnya dua hari, satu perubahan ketara daripada suhu petang 31°C hingga 32°C.
Baca Juga:
- Penari Seksi Meriahkan Acara Musim Sejuk Di Arab Saudi Undang Kritikan Masyarakat Muslim
- Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP
“Biasanya, suhu petang kita adalah sekitar 31°C hingga 32°C, jadi lima hingga enam darjah lebih rendah daripada purata biasa,” katanya dipetik.
Jabatan Meteorologi melaporkan bahawa cuaca sejuk itu berpunca daripada tekanan tinggi yang kuat yang berasal dari China, mengakibatkan gelombang sejuk melanda pelbagai wilayah di Asia Tenggara.
Thailand juga bersiap sedia untuk menghadapi suhu yang lebih sejuk, dengan ramalan menunjukkan penurunan kepada 3°C di Bangkok dan kebanyakan bahagian negara, tidak termasuk kawasan selatan, dari 20 hingga 25 Disember.