Bekas pemain skuad kebangsaan, Muslim Ahmad mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila dilaporkan bakal membuat kemunculan dalam satu perlawanan Muay Thai.

Perkembangan itu dikongsikan oleh laman facebook Kelantan MuayThai Channel yang memaparkan poster perlawanan  T-Fight 2.8 antara Muslim Ahmad menentang Atingpek pada 24 Februari ini di Padang Serai, Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia adalah perlawanan ‘Regu Special Fight’ yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam di pusat beli belah, C-Mart.

Malah, laman facebook rasmi T-Fight turut berkongsi video beliau tengah giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan tersebut.

Sukan Muay Thai memerlukan setiap anggota tubuh bersedia sepenuhnya untuk me­nyerang dan bertahan dengan menyasarkan pada tangan, kaki, lutut dan siku.

Muslim sebelum ini beraksi bersama Terengganu (2021), Kelantan (2016) dan Pahang (2017-2023) berkata, dia masih lagi belum memikirkan masa depannya dalam bola sepak tempatan selepas ini.

Pemain yang berusia 35 tahun itu pernah membantu skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama pada tahun 2010 ketika dibawah kendalian Datuk K.Rajagobal.

Beliau juga merupakan antara tonggak utama Datuk Ong Kim Swee dalam skuad emas negara yang meraih pingat emas Sukan SEA 2011 di Palembang.

Berdasarkan kesungguhannya dalam video latihan T-Fight, Muslim dijangka akan terus menceburi sukan Muay Thai yang dilihat lebih serasi dengannya.