Ahli perniagaan Muzaffar Jakel pada semalam tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai kenyataannya berkait pembukaan semula perniagaan mereka sebelum ini.

Muzaffar sebelum ini difahamkan menimbulkan rasa tidak puas hati netizen selepas didakwa cuba memainkan isu perkauman selepas merendahkan kemampuan orang Melayu memahami SOP yang telah ditetapkan berhubung pembukaan semula premis perniagaan mereka.

Kenyataan itu menurutnya dibuat dalam keadaan dirinya yang tidak berapa baik selepas menerima maklum balas yang kurang baik daripada netizen berhubung keterujannya membuat pengumuman bahawa Jakel akan kembali beroperasi.

Susulan daripada beberapa insiden kecil tersebut, ia kemudiannya melarat menjadi antara topik hangat dalam kalangan netizen yang kemudiannya memaksa dirinya tampil membuat permohonan maaf berkenaan perkara tersebut.

“Dengan berkat bulan Ramadan ini saya merendah diri meminta maaf susun sepuluh jari kepada semua orang.

“Maafkanlah saya dan kepada mereka yang memaki hamun keluarga kami, saya maafkan semua orang.

“Wallahi kita sikit pun tiada rasa sakit hati kepada orang Melayu yang memaki kita kerana kita tahu awak semua belum tahu cerita sebenar,” ujarnya.

Permohonan maaf berdurasi lebih 10 minit itu dimuat naik di laman Instagram miliknya @muzaffarjakel sejak semalam.

https://www.instagram.com/tv/B_xFV39FXGT/?utm_source=ig_web_copy_link

Dalam kirimannya itu, dia bukan sahaja memohon maaf tetapi turut menceritakan kembali kronologi isu yang dikaitkan dengan dirinya.

Malah dia turut menjelaskan isu wanita bernama ‘Nur Lizah’ yang menurutnya menggunakan gambar dan status dimuat naik beliau sebelum ini untuk memainkan isu perkauman.

“Sedangkan saya sendiri Melayu, saya pun tiada terniat.

“Saya sendiri pun tak boleh fikir saya hari-hari jumpa customer yang membeli dengan saya, layan sendiri customer, takkan tergamak saya nak main isu perkauman kan?

Beliau juga pada masa menjelaskan kesalahan dan masalah yang kini berlaku adalah berpunca daripada dirinya dan bukan daripada syarikat dan keluarganya.

Malah menurutnya, jika masih ada yang tidak memaafkan tindakannya ini boleh menghalakan kemarahan mereka kepada dirinya tetapi bukan kepada ahli keluarganya yang lain.

Muzaffar dalam satu kiriman berasingan turut memuat naik gambar sijil kelahirannya di Instagram.

Walapun tidak menyatakan dengan jelas tujuannya berbuat demikian namun ia dipercayai bagi menjawab persoalan netizen yang dilihat cuba mempersoalkan latar belakangnya.

https://www.instagram.com/p/B_xNm-3lSO3/?utm_source=ig_web_copy_link

Netizen sebelum ini menyuarakan kebimbangan akan berlakunya peningkatan jangkitan COVID-19 sekiranya premis-premis perniagaan dibuka terutama dengan sambutan hari raya yang bakal tiba.

Baca perkongsian kami mengenainya di pautan di bawah. 

Dibenarkan Beroperasi Bermula 4 Mei, Netizen Risau Wujudnya ‘Kluster Jakel’

17 Perkara Yang Usahawan Boleh Pelajari Daripada Pemilik Jakel