Selepasa kejayaan konsert MUSE di Malaysia pada minggu lagu, difahamkan bahawa Hello Universe kini sedang mengintaib peluang untuk membawa satu lagi nama besar iaitu My Chemical Romance.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Adam Ashraf salah seorang daripada 3 pengasas Hello Universe ketika membalas komen salah seorang pengguna media sosial.

Baca Juga:

“Bawak MCR perform di sini Adam,” kata salah seorang netizen pada sebuah hantaran sebelum di balas oleh Adam pendek, “Tahun hadapan.” Komen itu disambut gembira dan terkejut oleh netizen dengan salah seorang membalas, ”Kami tunggu!”

Tidak pasti apakah ini benar atau masih dalam peringkat perancangan. Namun jika Hello Universe dapat membawa MCR ke Malaysia, ia akan menjadi salah satu detik terbaik rakyat Malaysia.

Untuk rekod Hello Universe adalah penganjur yang bertanggungjawab membawa MUSE ke Malaysia. Konsert yang berlangsung 29 Julai lalu itu berjaya menarik kira-kira 60,000 penonton di Stadium Bukit Jalil.