MyGameOn dan SAYS Tech dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penganjuran Sesi Lepak ‘Rileks Je, Takyah Toksik’ pada hujung minggu lalu, 27 September, di ATO Gaming Café, TTDI.
Acara yang berkonsepkan komuniti ini adalah sebahagian daripada inisiatif bersama untuk membanteras siber buli dan menggalakkan persekitaran digital yang lebih sihat serta positif dalam kalangan komuniti gamer Malaysia.

Sesi santai ini telah menarik ramai peminat gaming, pencipta kandungan, dan juga orang awam, membuktikan bahawa persaingan dan keseronokan dalam gaming boleh dijalankan tanpa sebarang unsur toksik.
Antara aktiviti menarik yang berlangsung termasuklah:-
1. Sesi perkongsian santai bersama orang dalam industri e-sukan Malaysia.
2. Perlawanan santai Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Fun Match.
3. Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan.
4. Ruang lepak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan, daripada arcade, konsol, sehingga ke board game.

Inisiatif ‘Rileks Je, Takyah Toksik’ ini berazam untuk terus membina sebuah komuniti gaming yang lebih selamat dan inklusif, di mana setiap pemain berhak menikmati permainan tanpa rasa takut atau dihakimi.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang menggalakkan dan berharap mesej “Rileks Je, Takyah Toksik” akan terus bergema dalam komuniti e-sukan negara.