MyGameOn dan SAYS Tech melancarkan kempen “Rileks Je, Takyah Toksik” di mana kolaborasi ini akan memberi fokus dalam mengekang pembulian siber sekaligus mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti permainan video Malaysia.

Secara holistik, “Rileks Je, Takyah Toksik” mengajak semua pemain, pencipta kandungan dan peminat untuk bersama-sama membina dunia digital yang lebih selamat.

MyGameOn & SAYS Tech Lancar Kempen 'Rileks Je, Takyah Toxic' , Tangani Isu Kesihatan Mental Dan Buli Siber
Sumber Gambar: Advertorial

Initiatif ini memberikan satu pelantar kepada individu untuk berkongsikan pengalaman mereka menghadapi perkara toksik dalam talian tanpa perlu mengesahkan identiti mereka.

Bukan hanya bercerita, kempen ini juga bakal memaparkan pelbagai cerita eksklusif seperti artikel, video dan temuduga dari pakar. Semua topik-topik ini akan membantu anda mengenalpasti impak pembulian siber dan menjaga kepentingan
kesihatan mental.

Kempen ini juga bakal memperkasakan komuniti dengan bantuan, persediaan, dan pengetahuan untuk membantu diri sendiri dan orang lain.

MyGameOn & SAYS Tech Lancar Kempen 'Rileks Je, Takyah Toxic' , Tangani Isu Kesihatan Mental Dan Buli Siber
Sumber Gambar: Advertorial

“ Dalam industri permainan video, buli siber sering dikaitkan dengan pemain profesional, streamer, dan juga golongan wanita. Menerusi kempen ini, suara mereka dapat diketengahkan dan kisah mereka boleh dijadikan teladan untuk membina komuniti gaming yang lebih inklusif dan positif,” jelas Hazril Nor, penyunting MyGameOn.

MyGameOn & SAYS Tech Lancar Kempen 'Rileks Je, Takyah Toxic' , Tangani Isu Kesihatan Mental Dan Buli Siber
Sumber Gambar: Advertorial

Selain itu, menurut Sukhbir Cheema, Ketua SAYS Tech, kesihatan mental sangat penting dan ramai orang mengetahui bahawa permainan video dapat mengurangkan stres.

Melalui kempen ini, orang ramai boleh kembali kepada matlamat asal bermain permainan video iaitu berseronok dan menjalin hubungan baru dengan orang lain.

Sebahagian daripada kempen ini, satu acara khas akan dianjurkan untuk menjamin tempat yang selamat bagi pemain menyambut dan menjalinkan hubungan menjadi komuniti yang lebih kuat.

Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat nanti. Ikuti MyGameOn dan SAYS Tech untuk maklumat terkini!

“Rileks Je, Takyah Toxic” ingin memanggil semua pemain untuk berhenti dan berfikir sejenak dalam memahami punca wujudnya toksik dalam permainan video. Semua orang layak untuk bermain secara aman.

Anda bolehlah kongsikan pengalaman sendiri mahupun menelusuri kisah-kisah individu lain dengan lawati mygameon.my/takyahtoksik.