Apabila pergi ke Terengganu, orang ramai pasti tak melepaskan peluang untuk merasai menu makanan popular tempatan, Ikan Celup Tepung.

Baru-baru ini Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyarankan negeri pantai timur itu untuk mempatenkan produk makanan tersebut sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi (GI), petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Ikan celup tepung satu produk yang popular di Terengganu tetapi masih belum dipatenkan seperti dilakukan terhadap keropok lekor Losong yang sudah didaftarkan (pada 2016).

“Antara lokasi tumpuan peniaga ICT yang boleh diberi fokus untuk dipatenkan dalam kategori Petunjuk Geografi ialah Penarik di Setiu dan sekitar Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus,” terang Pengerusi MyIPO, Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pejabat Satelit MyIPO di Terengganu, di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Kuala Terengganu.

Tujuan pembukaan pejabat satelit MyIPO pertama di Terengganu itu bagi memudahkan pelbagai golongan termasuk usahawan, pereka, inovator dan profesional untuk melindungi hasil ciptaan serta penjenamaan produk mereka.

Sumber