Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) yang mula beroperasi Julai lepas untuk memudahkan pengeluaran MyKad kini telah menambah baik keberkesanan operasi tersebut dengan memendekkan jangka masa pengluaran dokumen pengenalan diri seawal 45 minit hingga sejam.

Usaha baik untuk memudahkan komuniti yang tinggal di pedalaman dan tidak bekemampuan untuk ke bandar atau pejabat JPN sedang menjalankan Program Kembara Mobile ke negeri-negeri di Utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 15 September hingga 30 September.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Dato’ Mohammad Razin bin Abdullah, pihak beliau akan terus berusaha untuk menambah baik proses pengeluaran MyKad dari semasa ke semasa.