Dalam perkembangan terkini dalam industri automotif, myTukar, antara jenama terkemuka dalam bidang perdagangan kereta dalam talian, telah mengeluarkan surat terbuka yang ditujukan kepada Carsome, mengkritik amalan insentif mereka.

Menurut Paultan, pertikaian ini bermula apabila Carsome melancarkan satu kempen pemasaran, menarik pengguna untuk memberi ulasan 5 bintang dengan pengguna berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM60,000 termasuk iPhone 15 Pro terbaharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

myTukar mendakwa Carsome telah memanipulasi kandungan ulasan pengguna dengan menawarkan ganjaran.

Taktik pemasaran ini telah mendapat kritikan tajam dan kemungkinan Carsome telah melanggar dasar platform, terutamanya Dasar Kandungan Sumbangan Pengguna Google.

Google, pemain utama dalam ekosistem ulasan dalam talian, secara jelas melarang tingkah laku sedemikian dengan meletakkannya di bawah “Kandungan dan tingkah laku yang mengelirukan.”

Di bawah dasar ini, ulasan yang diminta melalui insentif dianggap sebagai palsu seperti yang digariskan oleh garis panduan Google.

Ulasan pengguna berfungsi sebagai sumber penting untuk pengguna membuat keputusan, menawarkan pencerahan tentang kualiti perniagaan, standard perkhidmatan dan reputasi keseluruhan.

Sumber