Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN23) yang merangkumi enam negeri telah ditetapkan hari pengundian pada 12 Ogos kelak. Maka wujudlah laman sesawang MyUndi bagi memastikan rakyat terus cakna dengan perkembangan PRN23 pada kali ini.

Platform MyUndi kini dengan bangganya mengumumkan ciri dan perkhidmatan terbaharunya untuk PRN23 kelak. Terdapat beberapa pembaharuan yang boleh meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik di samping lengkap dengan informasi terkini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Majoriti

Dengan antaramuka yang mesra pengguna bersama alatan inovatifnya, MyUndi menyasarkan untuk memperkasakan rakyat dengan memberikan mereka maklumat secara live, kandungan yang menarik dan akses mudah kepada sumber berkaitan pilihan raya.

MyUndi PRN23
Sumber Gambar: MyUndi

Antara perkara menarik yang terdapat menerusi platform MyUndi PRN23 berbanding yang lain adalah kehadiran bahagian Suara Kita di mana secara khususnya memberi peluang kepada semua warganegara untuk menyuarakan pendapat atau idea mereka untuk masa depan Malaysia.

myundi prn23
Sumber Gambar: MyUndi PRN23

Kemudian, pada halaman Wiki pula membolehkan para pengguna dapat mengakses banyak artikel yang merangkumi semua aspek pilihan raya negeri yang terlibat.

MyUndi PRN23
Sumber Gambar: MyUndi

Daripada profil calon sehingga ke manifesto parti, semua ini boleh diakses dalam mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai landskap politik sekaligus membantu penggundi membuat pilihan yang tepat.

Dalam memenuhi keperluan linguistik rakyat Malaysia yang pelbagai, MyUndi kini memperkenalkan butang togol bahasa. Dengan ini, pengguna dapat menukar antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan lancar untuk mengakses kandungan dalam bahasa pilihan mereka.

MyUndi bakal menyediakan segala maklumat berkaitan PRN23 secara live bermula hari pencalonan sehinggalah keputusan pilihan raya bagi negeri-negeri terlibat. Bahkan, MyUndi sedia memberikan panduan dan kemas kini proses pengundian awal atau undi pos kepada pengguna.

Usaha ini juga diperhebatkan lagi dengan penggunaan hashtag berikut untuk memudahkan perbincangan dan mendorong kesedaran terhadap rakyat.

MyUndi PRN23
Sumber Gambar: MyUndi

Anda boleh ikuti gambar rajah di atas untuk mengetahui hashtag yang digunakan bagi setiap negeri yang mengadakan PRN23 kali ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyertai komuniti MyUndi hari ini dengan mengunjungi laman rasmi kami di MyUndi dan terus mengetahui perkembangan, berita dan pandangan terkini mengenai pilihan raya negeri.