Perodua Myvi atau lebih dikenali sebagai  King sangat terkenal dikalangan rakyat marhaen kerana harganya yang mampu milik di samping prestasi yang mantap.

Dari satu versi ke versi baharu, kereta model Myvi kekal mendominasi pasaran tempatan di mana menerima permintaan yang tinggi oleh golongan muda. Selain di Malaysia, nampaknya kereta ini juga diminati di negara Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini terbukti selepas beberapa keping foto Myvi diiklankan sebagai kereta terpakai atau recond di negara itu menjadi tular di media sosial.

Foto berkenaan mula mencuri tumpuan ramai selepas dikongsikan oleh seorang pempengaruh automotif daripada Indonesia, Indra Radian Fathan menerusi hantaran Instagramnya.

Sumber Gambar: Instagram @indra_fathan
Sumber Gambar: Instagram @indra_fathan
Sumber Gambar: Instagram @indra_fathan

“Macam kenal kereta ini. Tetapi kenapa kawasan disekitarnya kelihatan berbeza. Mungkin orang Malaysia bakal terkejut melihat foto-foto ini.

”Rupa-rupanya ini adalah Perodua Myvi 2018, memiliki perbatuan 14,000 kilometer. Hendak dijual pada harga 1.6 juta yen (RM 52,994),” katanya.

Sumber Gambar: Instagram @indra_fathan

Dalam hantaran yang sama, Indera berkongsi beberapa gambar yang memaparkan ‘King’ yang diiklankan dengan latar belakang kawasan komuniti di Jepun.

Pada gambar pertama, sebuah kereta Mvyi berwarna silver yang didapati memakai tag dengan tulisan bahasa Jepun di atasnya.

Seterusnya, terdapat beberapa gambar lain yang menunjukkan rekaan dalaman Myvi, yang mana tidak ubah seperti versi di Malaysia.

Bagaimanapun, paparan pada skrin sesentuh pemain media sudah diubah suai yang mana menampilkan isi kandungan daripada negara Matahari Terbit itu.

Walaupun kebanyakkan pihak menganggap Perodua hanyalah jenama rebadge bagi jenama-jenama automobil di Jepun, realitinya kereta Myvi tampil lain dari yang lain.

Sumber Gambar: carsensor.com

Menerusi carian terkini, sebenarnya terdapat dua buah unit Myvi yang ditawarkan yang mana warna merah sedia dijual pada harga RM56,000 sementara warna kelabu pula sekitar RM53,000.

Untuk makluman, Myvi merupakan model kereta yang direka oleh air tangan bakat tempatan. Bahkan, untuk dijual di negara lain, Daihatsu dan Toyota membawa masuk Myvi sebagai model rebadge jenama masing-masing.