Seorang lelaki bengang dengan tindakan sekumpulan pemilik kereta Perodua Myvi yang membuat sesi fotografi di sebuah stesen minyak.
Tindakan itu menyusahkan lelaki tersebut yang terpaksa parkir menyenget untuk mengisi minyak.
@malaysiatribune Boleh pula dia buat photoshoot kat stesen minyak #malaysiatribune #beritasemasa #myvi
Netizen memberikan pelbagai reaksi ke atas tindakan pemilik-pemilik Myvi yang membuat ‘photoshoot’ di stesen minyak yang menjadi kawasan orang awam datang untuk mengisi minyak.
Lainlah kalau mereka menyewa tempat itu secara khas dan stesen minyak itu ditutup sementara untuk mereka membuat sesi fotografi tersebut.
Ramai turut menjadi mangsa geng Myvi
Rupa rupanya bukan seorang sahaja mangsa kepada tindakan mementingkan diri sendiri pemilik Myvi tersebut. Beberapa netizen lain turut berkongsi gambar mereka turut menjadi mangsa kepada tindakan tersebut.

Ada netizen yang menegur perbuatan pemilik-pemilik Myvi itu mungkin boleh mengundang kesulitan kepada mereka yang dalam kecemasan.
Yang lain menyatakan bahawa, trend sesi fotografi kelab kereta di stesen minyak ini memang semakin menjadi jadi.

Menurut netizen: “Bukan Myvi je, kelab kereta lain pun ramai yang selalu buat.”
Netizen seterusnya mempersoalkan sama ada tindakan sesi fotografi seperti itu dibenarkan di stesen minyak?
Yang lain menjawab: “Ada banyak lagi tempat lain yang terbuka dan lebih cantik untuk membuat photoshoot, kenapa perlu buat di stesen minyak?”