Modifikasi boleh menampakkan kereta nampak menarik. Pada masa sama modifikasi juga boleh menyebabkan kesukaran kepada diri sendiri dan orang ramai.

Baru-baru ini tular satu video TikTok @mdnshrl menunjukkan sebuah Perodua Myvi lowered sehingga mengeluarkan percikan api.

Baca Juga:

Percikan api itu terjadi apabila kereta yang terlalu rendah itu bergesel semasa meluncur di atas jalan raya.

@mdnshrl

tlmpau rendah bang😩😩

♬ original sound – AlepOhAlepp – AlepOhAlepp

Video itu mendapat lebih 1.6 juta tontonan dan 13.6 ribu kali perkongsian oleh pengguna TikTok.

Selain kereta yang rendah, tayar nipis yang digunakan turut menarik perhatian netizen.

Tayar kereta itu terlalu nipis, seolah-olah kereta tersebut bergerak menggunakan rim sahaja.

Menurut netizen, tindakan pemilik Myvi ‘merendahkan’ keretanya itu bukan sahaja merosakkan kereta, bahkan boleh merosakkan permukaan jalan raya.

Sumber Gambar: TIkTok @mdnshrl
Sumber Gambar: TIkTok @mdnshrl
Sumber Gambar: TIkTok @mdnshrl
Sumber Gambar: TIkTok @mdnshrl

Pada masa sama, netizen turut bimbang andaikata percikan api yang terhasil boleh menyebabkan kebakaran.

Dalam pada itu, netizen turut berseloroh mungkin pemilik Myvi mahu rebut semula title ‘King Malaysia’ selepas tular kisah Proton Satria biru ‘terbang’ tersangkut di atas bukit bersebelahan lebuh raya.