Semalam kita digemparkan dengan berita seorang gadis Islam warga Amerika Syarikat diculik dan dipukul hingga mati sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Virginia Washington, DC pada Ahad lalu. Hal ini sudah tentunya menimbulkan rasa marah dan sedih buat umat Islam seluruh dunia terutama komuniti Islam yang tinggal di negara tersebut.

Mangsa ialah Nabra Hassanen, 17 tahun yang ditemui mati di sebuah kolam di Sterling, Virginia. Insiden ini dikatakan berpunca ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang lalu dijalan terbabit. Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dan memukul Nabra.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut rakannya, mereka sempat melihat pemandu tersebut memukul Nabra menggunakan kayu baseball sebelum mereka melarikan diri meninggalkan mangsa. Hasil siasatan, polis berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Darwin Martinez Torres, 22 tahun atas tuduhan membunuh. Bagaimanapun, pihak polis menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.

Memetik laporan dari The Guardian, pihak polis memberitahu motif serangan adalah berpunca kerana berlakunya pertelingkahan dan akan disiasat sebagai insiden kemarahan jalan raya. Buat masa sekarang masih belum terdapat apa-apa lagi bukti bahawa peristiwa tragis ini melibatkan jenayah benci, isu perkauman atau agama.

Tetapi kenyataan ini dibantah oleh Ayah Nabra Hassanen dan percaya bahawa anaknya menjadi sasaran kerana beliau seorang muslim. Perkara yang sama turut disuarakan oleh ibunya dalam portal National Public Radio.

Dalam pada itu, Mohamed Magid selaku imam eksekutif di ADAM (All Dulles Area Muslim Society) berkata, “kami rasa hancur dan patah hati kerana komuniti kami terpakasa berhadapan dengan peristiwa yang sungguh traumatik ini”.

Kini satu kempem crowdfunding ditubuhkah untuk membantu keluarga Hassanen dan telah berjaya mengumpul lebih daripada $160,000 sejak Isnin yang lalu.