Dua artis terkenal tanah air, Ayu Damit dan Nad Zainal membantah cadangan menukar nama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA kepada Universiti P. Ramlee.
Penjenamaam semula ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee (UPR) adalah dianggap sebagai satu penghormatan kepada legenda seni tanah air, P. Ramlee.
Menurut laporan mStar, usaha untuk menukar nama ASWARA kepada UPR itu sudah diwar warkan sejak 2015 lagi. Namun sehingga kini, masih belum terlaksana atas pelbagai faktor.
Kini perkara itu kembali dibincangkan sekali lagi. Namun jelas sekali alumni ASWARA sendiri tidak sependapat tentang perkara itu.
Antaranya, Nad Zainal yang dengan tegas dan ringkas berkata: “Tidak!”
Seterusnya Ayu Damit pula menulis: “ASWARA sahaja dah cantik dah nama tu. Apa pun nama ASWARA, Ayu dah berbangga belajar do ASWARA.
“Katakan tidak untuk menukar nama ASWARA.”

Selain itu netizen juga ramai kurang setuju nama ASWARA ditukar menjadi UPR.
Ada yang menulis: “Awas jangan berani berani tukar, ASWARA ni dah cukup unik dah nama dia dan mudah diingati.”
Haliza pula berkata: ” Anak saya bekas pelajar Seni Halus di ASWARA. Kalau beritahu belajar ASWARA orang akan tanya, ambil kursus tarian, muzik atau teater?
“Kalau tukar nama kepada UPR, lagilah orang tak tahu ASWARA ada banyak kursus lain. Nama memainkan peranan besar.”
