Nad Zainal dedahkan sebab dia hantar anak ke sekolah kerajaan. Menurutnya, itu bukan satu masalah.
Pelakon itu menghantar kesemua anaknya bersekolah di sekolah kerajaan. Namun yang menghairakan Nad Zainal, ada pihak memperlekehkannya.
Nad Zainal yakin sekolah kerajaan
Nad Zainal akui, kemampuan dia dan suaminya agak terhad untuk menyekolahkan kesemua anak mereka di sekolah swasta. Sekolah kerajaan membantu mereka dalam berjimat cermat.
Dia tidak mahu beban kewangan akan mengganggu anak anak mereka bersekolah – menurut laporan Oh Bulan.
“Saya hannya pelakon biasa. Ada pasang surutnya. Kalau selamanya kita hantar anak ke sekolah swasta, dan satu ketika kita dah tak mampu, pelajaran anak anak akan terbantut,” kata Nad lagi.
Lagipun, menurut pelakon itu lagi, sekolah kerajaan di Malaysia sudah terbukti mampu melahirkan golongan yang cemerlang dalam akademik dan melahirkan ramai golongan profesional.

Dia berkata: “Saya rasa tak jadi masalah pun hantar anak ke sekolah kerajaan. Ahli keluarga saya semua pergi sekolah kerajaan. Suami saya pun lulusan luar negara bermula dengan sekolah kerajaan.
“Saya tak nampak perkara ni sebagai satu masalah. Kita tak boleh memandang rendah kepada ibu bapa yang hantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah yang yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta.
Bermula dari rumah
Selain itu, Nad percaya bahawa pendidikan itu bermula dari rumah. Dia dan suaminya sangat tegas dalam mengawal anak anak mereka bermain gadget atau menonton tv.

Mereka perlu mencapai keputusan cemerlang dahulu untuk membolehkan mereka mendapat akses lebih lama kepada alatan teersebut.
Nad Zainal menambah, walaupun bersekolah di swasta, kalau anak anak tidak dididik dengan baik di rumah, dan terlalu dimanjakan: “Mereka tetap tak jadi apa.”
@ohbulanofficial Tiada masalah pun sebenarnya 🫶✨#ohbulan #fyp #news #nadzainal #hantar #anak #ke #sekolah #kerajaan
Ramai yang memuji Nad sebagai seorang wanita yang bijak dan mengutamakan anak anaknya daripada sibuk nak menjaga mulut orang yang mengecam.
Lagipun menurut netizen, sekolah kerajaan memang berkualiti.