Seorang pemuda berusia awal 20-an yang mendakwa dia anak makcik Kemboja sebelum ini tular kerana videonya yang dianggap mencabar netizen yang tak puas hati dengan ibunya untuk berjumpa dengannya.

Ianya gara gara kontroversi melibatkan Makcik Kemboja yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu malas. Namun selepas itu dia membuat permohonan maaf.

Baca Juga:

Peniaga Kemboja Di Malaysia Ini Kena Kecam Selepas Cakap Melayu Malas

Kemudian beredar satu lagi video menunjukkan anak makcik Kemboja yang mempertahankan ibunya. Spekulasi dibuat tentang video itu yang dianggap ditujukan kepada umum.

@ohbulanofficial

Replying to @Muhammad Zaimi Terbaru, tular sebuah video lelaki yang mendakwa dirinya adalah anak kepada Makcik Kemboja. Siyes aaaa? #ohbulan #sembangentertainment #anak #makcikkemboja #madamemariyah

♬ Halloween, horror, spooky cinematic background music(852258) – domino

Namun selepas itu, tuan badannya telah menegaskan bahawa video itu sudah disunting. Video asal adalah ditujukan secara spesifik kepada bekas pekerja di syarikat ibunya.

Menulis di lama Twitter, anak makcik Kemboja bernama Ezuan berkata: “Assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang.”

“Saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. This is a thread..”

“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.”

“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa, dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.”

“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut.”

Ezuan kemudian memuat naik video asal yang dibuat olehnya sebagai balasan kepada pekerja tersebut, sebelum ianya dibuang oleh TikTok daripada platform mereka:

Ezuan menyambung: “MANA & DI MANA, dalam video original yang dimuatnaik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen/cabar korang semua’ atau mana-mana individu/pihak?”

“Sedangkan saya CABAR dia, spesifik, siap ada nama penuh dia sekali. Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya MENCABAR netizen.”

“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk ‘mengutip’ saya. Ini merupakan salah satu konten/video yang dimuatnaik oleh netizen untuk memanaskan lagi keadaan.”

“Jadi disini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah FITNAH. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.”

“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia. Saya minta anda menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk mem-viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.”

“Saya harap, ada keadilan buat saya. Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa. Yang Benar, Ezuan.”