Sebelum ini, drama Nur yang ditayangkan di saluran stesen televisyen Indonesia, MNCTV telah digantikan dengan drama lain dari negara tersebut selepas ditayangkan satu episod.
Menurut laporan, penggantian drama tersebut disebabkan ‘rating’ yang kurang memuaskan. Oleh itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi meluahkan rasa kesal berhubung mutu drama tempatan yang hanya mampu disiarkan di Malaysia sahaja.
Tambahnya lagi, kualiti drama di Malaysia hanyalah ‘syok sendiri’ dan perkara tersebut menjadi punca utama drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.
Lantaran itu, Shahrul Ezad, pengarah drama Nur terpanggil menjelaskan keadaan sebenar kenapa drama itu terpaksa diberhentikan tayangan di Indonesia. Malah, Shahrul mengatakan Zed Zaidi tidak tahu langsung akan isu sebenar tayangan drama Nur diberhentikan sehingga memberikan kenyataan seperti itu.
Malah, Shahrul semalam berkongsi jadual baru tayangan drama Nur di stesen televisyen Indonesia. Menurutnya, drama Nur kini akan ditayangkan di dua stesen televisyen Indonesia.
Menurutnya, drama Nur mungkin ditayangkan semula atas desakan para peminat drama Nur di Indonesia yang marah selepas drama tersebut dihentikan tayangannya. Apa pula pendapat anda akan perkara ini?
Bagi anda yang terlepas berita berkaitan drama Nur ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
‘Rating’ Tidak Memuaskan, Tayangan Drama Nur Di Indonesia Ditamatkan Selepas Satu Episod
Selepas 11 Tahun, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man Buat Para Peminat Sedih