Baru-baru ini, tular berhubung dakwaan pelakon komedi terkenal yang dikatakan terlibat dalam salah laku perolehan sebuah projek di bawa kelolaan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Afdlin Shauki bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya ke atas dakwaan yang tular itu dan mengganggap ia sebagai satu usaha untuk memburukkan nama baiknya.
“Baru-baru ini, telah tular sebuah hantaran dalam Telegram Channel Edisi Siasat yang cuba mengaitkan saya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan sebuah projek bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
“Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.
“Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan
nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat,” tulisnya pada hantaran terbaharunya di IG peribadi.
Dalam masa sama, Afdlin memaklumkan juga dirinya sudah membuat satu laporan polis dan perkara ini sedang disiasat secara dalaman oleh pihak DBKL.
Menurutnya lagi, dia bersedia untuk memberi kerjasama dan menyeru orang ramai untuk memberi ruanga kepada pihak berwajib melakukan siasatan.
“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Fitnah dan
tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa.
“Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT
akhirnya kebenaran akan tersuluh dan
keadilan akan ditegakkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, nama Afdlin telah dikaitkan dengan tuduhan salah laku dalam perolehan sebuah projek bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Perkongsian maklumat perincian menerusi Telegram Edisi Siasat itu secara tidak langsung telah mencalarkan imej baiknya dan mula timbul prasangka negatif terhadap intergriti badan tersebut.