Bekas perdana menteri, Najib Razak, telah diberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi pagi ini, petik Free Malaysia Today.
Peguam Najib, Shafee Abdullah, minggu lalu berhujah bahawa adalah tidak adil untuk anak guamnya menunggu tanpa batas waktu untuk tarikh perbicaraan tetap kerana pihak pendakwaan tidak dapat memberikan garis masa untuk mengumpulkan bahan bukti yang digunakan dalam perbicaraan SRC sebelum ini.
Mahkamah dimaklumkan bahawa 807 bahan bukti telah dikemukakan dalam perbicaraan SRC yang terdahulu.