Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam pertuduhan pecah amanah melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran, masing-masing mewakili Najib dan Mohd Irwan agar anak guam mereka dilepas tanpa dibebaskan, petik BERNAMA.

Baca Juga:

“Berdasarkan fakta dan hujahan daripada kedua-dua peguam serta keadaan kes ini, saya menggunakan kuasa sedia ada untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Mohd Irwan) daripada keenam-enam pertuduhan,” kata hakim itu.

Sumber