Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Pagi tadi, pihak Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya, berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara.

Najib mengemukakan permohonan itu melalui notis usulnya difailkan semalam supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan, kerana mendakwa suami kepada pengerusi panel terbabit menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya.

Bagaimanapun, barisan lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun sendiri, berkata pihak pembelaan tidak memberikan sebab-sebab munasabah kenapa beliau patut menarik diri.

Najib didapati bersalah dalam semua 7 pertuduhan berkait dana SRC sejak 2020. Baca artikel berkenaan di bawah.

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana RM42 Juta Milik SRC

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?

Sumber