Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu kota oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan terhadap dua premis makanan berikutan tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Tindakan itu dikenakan selepas mendapati premis terbabit mengambil sikap sambil lewa dalam hal kebersihan.

“Ini termasuk meletakkan makanan mentah di atas lantai, terdapat kesan hurungan dan najis tikus di bahagian dapur dan lorong belakang premis di jadikan tempat penyediaan makanan.

Baca Juga:

“Arahan tutup operasi dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 danUndang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan28(1) WPKL 2016,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah DBKL lagi, operasi yang dilakukan semalam melibatkan 41 premis di Bandar Baru Seri Petaling, Jalan Pasai, Jalan Radin Anum 2, Jalan Dutamas 1, L2 Hartamas Shopping Centre, Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, Jalan Ampang dan di Jalan Landak serta Jalan Brunei.

“Pada operasi itu, kita turut mengeluarkan 57 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana didapati melanggar Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap premis-premis terbabit kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan.

“Ini termasuk pemilik dan pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan, tidak memasang perangkap minyak dan perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik menyebabkan tersumbat dan berbau,” katanya.