Di dalam dunia sukan, penajaan dari syarikat jenama besar sememangnya sangat membantu dalam meningkatkan potensi sesebuah pasukan untuk melangkah lebih jauh.
Bagaimanapun, seorang penggusti profesional tempatan berkongsi kisah kesilapannya dalam pemilihan penaja yang bagus sekaligus merencatkan untuk berkembang ke peringkat yang lebih besar.

Penggusti yang dimaksudkan ialah Ayez Shaukat Fonseka Farid yang mana bercerita bagaimana dia telah didekati oleh dua syarikat jenama F&B yang berminat menjadi penaja di dalam profesion sukan gusti dan juga akedemi dan pusat latihan gusti (APAC Wrestling).
Menurutnya, Encik Shaukat mendakwa inilah peluang keemasaan dalam membawa karier ke tahap yang lebih tinggi tetapi tidak boleh mengambil tawaran kedua-dua jenama kerana berada dalam industri yang sama.
“Saya faham, sebab saya pun pernah jadi underdog. So, saya rasa macam nak bantu diorang. Tapi masa tu, ignore gut feeling saya walaupun red flag dari mula nampak,” kongsinya.
Namun dia mahu memberi peluang kepada syarikat kecil terbabit kerana mahu membantu menaikkan jenama mereka barangkali memandangkan dirinya dulu pernah berada di tingkat bawah atau ‘underdog’.
Bagaimanapun, pilihan yang dibuat tidak mendatangkan hasil yang diharapkan apabila pihak dari jenama kecil enggan memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Ini termasuklah wakil yang menguruskan tawaran untuk jenama kecil tersebut mengambil masa yang lama dalam memberi respons dan terkadang hanya membaca mesej tanpa sebarang kemas kini sekaligus mempamerkan etika kerja yang tidak profesional.
Susulan itu, dia mengakui kesilapan dirinya adalah tidak menerima tawaran dari jenama besar meskipun mereka menunjukkan minat yang tinggi termasuklah menanyakan berkaitan pakej dan juga berkata “Kami memang berminat sangat nak sponsor” sebagai penegasan.
Sampai ke satu tahap Shaukat terpaksa memaksa pihak syarikat jenama kecil berulang kali dalam mendapatkan jumlah sebenar penajaan yang ditawarkan kerana takut buat syarikat besar tertunggu-tunggu untuk dapat kepastian.
Ternyata, syarikat jenama kecil tersebut hanya menawarkan jumlah yang kecil dan paling teruk apabila Shaukat cuba berunding tetapi mereka menghilang tanpa khabar berita begitu sahaja selepas itu.
Akibatnya, jenama besar yang tunggu keputusan dari Encik Shaukat menarik diri serta tawaran penajaan.
Dia langsung menitipkan pesanan buat mereka yang berbisnes agar merebut peluang baik dengan segera dan tidak membuat keputusan atas dasar belas kasihan atau perasaan.
“Dalam business, kalau ada peluang baik, jangan lengah. Jangan bagi rasa kesian atau personal feelings kacau decision kau, especially bila red flag dah obvious. Business is business—ikut gut feeling and move fast,” pesan kepada pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komentar, para pengguna turut bersimpati dengan nasib Shaukat yang terpaksa korban perkembangan masa depan kariernya dek kerana terlalu kesian kepada seseorang.
Ramai juga mengambil iktibar dengan kisah perkongsiannya untuk merebut peluang tawaran oleh syarikat besar berbanding yang kecil kerana secara logiknya syarikat gergasi memiliki kewangan yang bagus dan bakal memperuntukkan bajet yang besar.