Tergamak sungguh! Sedang rancak bertarung nyawa memadamkan kebakaran, pasukan bomba terpaksa berdepan situasi yang langsung tidak masuk akal.

Kejadian ini berlaku di Kota Bitung, Sulawesi Utara apabila seorang individu yang tidak dikenali dengan berani telah memotong hos air yang sedang digunakan oleh pihak berkuasa.

Bayangkan dalam keadaan cemas dan genting, ada pula pihak yang sanggup melakukan sabotaj yang berbahaya.

Aksi sabotaj ketika operasi kecemasan

Nak Beli Baharu Cecah RM1,400, Bomba Indonesia Terpaksa Guna Hos 'Spare' Selepas Dikhianati Individu Misteri
Sumber Gambar: X

Memetik laporan detiknews, Kejadian mencemaskan ini dilaporkan berlaku ketika pasukan bomba dari Balai Bomba Bitung sedang berusaha keras memadamkan api yang marak di Kelurahan Girian Permai pada hari Sabtu yang lalu (29 Ogos).

Sedang mereka leka mengawal kebakaran agar tidak merebak ke kawasan lain, hos air sepanjang 30 meter tiba-tiba dipotong.

Nak Beli Baharu Cecah RM1,400, Bomba Indonesia Terpaksa Guna Hos 'Spare' Selepas Dikhianati Individu Misteri
Sumber Gambar: X

Ketua Jabatan Komunikasi dan Informatik (Kominfo) Kota Bitung, Altin Tumengkol, nyata kesal dengan tindakan individu terbabit.

“Kes ini telah pun kami laporkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Resort (Polres) Bitung untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Guna hos sandaran sementara tunggu ganti

Menurut Altin, panjang hos yang dipotong dan dirosakkan itu adalah sekitar 30 meter.

Disebabkan kerosakan tersebut, pihak bomba terpaksa beralih kepada penggunaan hos sandaran (cadangan) buat masa ini untuk memastikan operasi mereka tidak terjejas jika berlakunya kecemasan lain.

Apabila ditanya sama ada pihak bomba akan terus menukar hos tersebut dengan yang baharu, Altin memberitahu ia agak sukar untuk dilakukan secara serta-merta kerana melibatkan peruntukan yang tinggi.

“Untuk sementara waktu ini, pihak bomba hanya memakai hos sandaran yang ada. Nak beli yang baharu sekarang agak sukar kerana harganya mencecah sekitar Rp 5 juta (kira-kira RM1,400). Jadi, kami belum dapat beli buat masa ini,” jelasnya lagi.

Harap pelaku dibawa ke muka pengadilan

Pihak Kominfo Kota Bitung kini meletakkan harapan penuh kepada pihak polis untuk menyiasat dan merungkai misteri di sebalik insiden memotong hos bomba ini.

Tindakan drastik dan tidak bertanggungjawab ini boleh meragut nyawa serta menyebabkan kerugian harta benda mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Kami sangat berharap agar pelaku utama kejadian ini dapat ditemui segera dan dikenakan hukuman setimpal mengikut lunas undang-undang,” tambah Altin.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polres Bitung, AKP Ahmad Anugrah Ari Pratama, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung insiden sabotaj itu.

Pihak polis kini telah menggerakkan siasatan awal termasuk merekodkan keterangan daripada saksi-saksi di tempat kejadian bagi menjejaki suspek utama.

“Ya, betul. Kami sudah menerima laporan tersebut dan sudah memulakan siasatan dengan memanggil saksi-saksi yang berkenaan untuk membantu siasatan,” kata Ahmad.

Kini, orang ramai turut tertanya-tanya apakah motif sebenar pelaku sehingga sanggup mengganggu tugas anggota penyelamat yang sedang berkhidmat untuk masyarakat.