Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila video beliau mengetuk kepala seorang wanita tular di media sosial.
Di dalam video berdurasi 17 saat tersebut, kelihatan Sanusi bersama-sama dengan beberapa orang pengiringnya sedang melayani dua orang wanita di sebuah rumah.
Tidak lama selepas itu, kelihatan Sanusi mengetuk kepala seorang wanita dengan kertas yang dipegang olehnya.
Tindakan beliau itu bagaimanapun disambut dengan ketawa oleh orang ramai yang berada di sekelilingnya.
Tetapi reaksi di media sosial terutamanya Twitter tidak seperti yang digambarkan di dalam video.
Kebanyakan netizen mengkritik beliau kerana kelakuannya tersebut.
Sebahagian pula menyatakan bahawa apa yang ditonjolkan olehnya tidak seperti dakyah islam yang sering dimomokkan olehnya.
kami ni org kedah mmg jenis bergurau kasaq π€£
β Veera (@veeraphandian) August 20, 2023
Benda camni, nampak simple. Tapi hati yang kene tu, terasa terkilan sampai mati tau. Semangat nk jmp MB, tp last2 kena katok. Dia akan ingat sampai mati. Dan nangis juga
β Syazwan Zanini (@wenkt) August 21, 2023
Gila lah. Mcm ni ke budi bahasa budaya korang? Kalau aku kene mcm ni mmg x lah si Sanusi tu sempat gelak masa ni. No manners!
β πΎπ»πΎπΆ π (@izyanfarhanaz) August 20, 2023
Selain itu, ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya turut menyatakan rasa kurang senang beliau dengan tindakan MB Kedah tersebut.
Jagalah kehormatan orang ramai.
Nak bergurau, jaga adab. Lagi-lagi pemimpin berpangkat besar macam Menteri Besar.
Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali.
Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka.
Show some respect @SanusiMNor. https://t.co/7eKd0YJ6Ef
— amiraaisya (@_amiraaisya) August 21, 2023
Bagaimanapun, video ini berdurasi selama 17 saat. Kebanyakan netizen memberi komen tanpa usul periksa apakah perbualan Sanusi bersama dua wanita tersebut.