Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila video beliau mengetuk kepala seorang wanita tular di media sosial.

Di dalam video berdurasi 17 saat tersebut, kelihatan Sanusi bersama-sama dengan beberapa orang pengiringnya sedang melayani dua orang wanita di sebuah rumah.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Sanusi mengetuk kepala seorang wanita dengan kertas yang dipegang olehnya.

Tindakan beliau itu bagaimanapun disambut dengan ketawa oleh orang ramai yang berada di sekelilingnya.

Tetapi reaksi di media sosial terutamanya Twitter tidak seperti yang digambarkan di dalam video.

Kebanyakan netizen mengkritik beliau kerana kelakuannya tersebut.

Sebahagian pula menyatakan bahawa apa yang ditonjolkan olehnya tidak seperti dakyah islam yang sering dimomokkan olehnya.

Selain itu, ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya turut menyatakan rasa kurang senang beliau dengan tindakan MB Kedah tersebut.

Bagaimanapun, video ini berdurasi selama 17 saat. Kebanyakan netizen memberi komen tanpa usul periksa apakah perbualan Sanusi bersama dua wanita tersebut.