Seorang pemandu Myvi menjadi perhatian ramai apabila dirakam dengan selambanya menggunakan laluan khas motosikal sewaktu melalui Lebuh Raya Shah Alam – Klang pada hari semalam.
Kejadian tersebut menjadi tular selepas video rakaman yang dimuat naik oleh akaun @winkrap memperlihatkan kereta Perodua Myvi itu melalui jalan khas tersebut meskipun ada simpang keluar yang disediakan.
“Dia masuk dari Bukit Jalil. Ada mungkin elak bayar tol? Aku ikut je kau. Abang motor (pengguna lain) tu senyum je. Ada ‘exit’ (keluar) di depan. Oh tak keluar, hah masuk terowong tu.
““Lepas ke tak kau? Boleh tu, rasanya bukan pertama kali kau buat ni. Yakin betul kamu ni. Maju-maju, cuba tinggalkan aku ke. Perlahannya ‘kapcai’ aku, bukan main laju kau tinggalkan aku.
“Hah staf Kesas sampai tu. Macam nak tahan dia tu. ‘Layan’ sampai ‘exit’ Klang Lama. Tahan jangan bagi dia terlepas, staf kesas tahan ‘king’ (Myvi),” katanya pada kapsyen video.
@awinkrapkrap #myviking #kesashighway #CapCut #vmc5907 Haiya King bikin hal lagi! VMC5907 jangan nakal ye.
Hantaran video itu langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berprasangka baik dengan mengatakan mungkin pemandu Myvi itu mungkin tersesat atau terlupa yang dia sedang bawa kereta kerana selalunya tunggang motor sebelum ini.
“Dia lupa lah tu hari ni bawak kereta, selalu bawak moto pi kerja”, kata seorang netizen.
“Dia baru beli Keta tu bang.baru pakai. slalu naik motor. tu masuk laluan tu..jangan kecam dia. sian dia”, tulis seorang lain.
“weei.. macam dia biasa buat ja. last2 lajunya dia bawak”, perli seorang netizen.
Sementara sebahagian lain merasakan pemandu Myvi itu sengaja menggunakan laluan itu untuk elak tol dek kerana banyak simpang keluar tetapi dia tetap berkeras meredah laluan khas terbabit.