Isu pemanasan global menjadi salah satu faktor utama paras air laut meningkat sejak akhir-akhir ini.

Menurut satu kajian terdapat beberapa negeri bakal hilang atau membentuk sebuah pulau pada tahun 2050.

Baru-baru ini seorang lelaki terkejut apabila laluan jalan yang hendak digunakannya sudah ‘hilang’ dan membawanya menuju ke laut.

Menerusi hantaran TikTok @zaaslife, beliau menemui jalan tersebut apabila ditunjukkan aplikasi navigasi Google Maps.

@zaaslife

Google map bawak laluan masuk ke dalam laut 🤭 #fypシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #laluanpantai

♬ original sound – Zaas – Zaas

Beliau sengaja mahu melalui jalan itu kerana mahu melihat permandangan laut tepi pantai.

“Google Map tunjuk arah menyelusuri laluan ini memang best sebab tepi pantai.

“Tapi separuh jalan, terpaksa berhenti sebab kami keliru. Bila sampai ke lokasi, jalannya sudah tiada. Cuma nampak pesisiran pantai sahaja,” kata TikTok @zaaslife.

Kemudian beliau dan rakan-rakan turun dari kereta untuk melihat sendiri dengan lebih jelas.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati jalan tersebut sudah runtuh dan menjadi pesisiran pantai saja.

Menurut netizen, laluan tersebut merupakan kawasan Kampung Telaga Papan, berhampiran Resort 7 Puteri. Laluan jalan itu rosak kerana dibadai ombak kuat pada tahun lalu.

Sumber Gambar: TikTok @zaaslife
Sumber Gambar: TikTok @zaaslife
Sumber Gambar: TikTok @zaaslife

Warganet meminta pihak berkuasa segera menutup laluan tersebut kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Ini kerana Google Maps masih menunjukkan laluan tersebut masih boleh digunakan. Walaupun keadaan sebenar adalah sebaliknya.

Netizen juga bimbang jika ada yang melalui jalan tersebut pada waktu malam. Ia berpotensi menyebabkan kenderaan kemalangan terjatuh ke bawah.