Tidak kiralah sebaik mana pun rakyat Malaysia, pasti ada segelintir yang akan melanggar undang-undang trafik demi kepentingan peribadi.
Hal ini sudah membarah sehingga menjadi punca kesesakan di sejumlah ibu kota di sini.
Baru-baru ini tular beberapa buah video yang memperlihatkan seorang anggota polis trafik yang giat meronda di kawasan bukit bintang yang mana selalunya mengalami masalah kesesakan yang melampau dan dirakam dengan kamera GoPro sewaktu bertugas.
Di dalam satu video, polis trafik terbabit sedang meronda di kawasan Bukit Bintang dan kelihatan satu barisan teksi yang meletakkan di sisi jalan secara haram lalu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Dia langsung memarkir motornya di hadapan barisan itu kemudian berdiri di situ dan mereka sepertinya sudah memahami keperluan untuk beredar serta-merta.
@erywahab Abam Misai datang lagi. Kali ni Abam Misai bawa Geng, kita ambush teksi² sekitar Pavilion Bukit Bintang.
Di dalam video lain, dia sekali lagi menyelesaikan masalah sebuah kereta Mazda yang mahu menyelit barisan di kawasan u-turn.
Cukup sekadar dengan lenggok badan dan tanga sahaja sudah cukup membuatkan individu terbabit akur untuk meneruskan perjalanan kerana sudah mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
@erywahab Dia dah start jeling👀 guys, habis la🙈. Penat dengan kerja❌ Penat didik manusia✅
Video-video itu langsung meraih pujian ramai dan menitipkan harapan yang mereka mahukan lebih ramai polis mencontohi tindakan itu bagi menjaga keselamatan sejagat.