Sebut mengenai Aliff Syukri dan Diva AA pasti orang ramai cukup kenal dengan dua individu yang sering mencetuskan kontroversi ini.

Ditemukan dalam sebuah acara di Singapura, siapa sangka pertemuan mereka bertukar menjadi ‘pergaduhan’ di mana Aliff Syukri dilihat menarik rambut Azwan Ali di akhir rakaman rancangan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pergaduhan yang dirakam dan dikongsikan oleh Shuk Sahar ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah pergaduhan tersebut benar-benar berlaku atau sekadar gimik.

Tambahan pula, kedua-dua individu ini sememangnya popular dengan membuat gimik dalam mendapat perhatian umum. Berikut merupakan respon pada netizen.

Sumber: Instagram @Hangat
Sumber: Instagram @Hangat

Sementara itu, menerusi Instagram @aliffsyukriterlajaklaris, beliau telah memuat naik video Azwan Ali bersama Syuk Sahar selepas insiden yang berlaku menerusi rancangan yang dikendalikan OKLETSGO.

Aliff Syukri turut mendedahkan telah memaklumkan kepada pihak pengajur tidak mahu Azwan Ali berada dalam rancangan tersebut pada awalnya kerana tidak selesa dengan kehadiran pengacara tersebut.