Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil memberikan penjelasan berhubung isu bantuan dari Malaysia yang lebih pantas daripada kerajaan Indonesia sendiri.
Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Terima Kasih Sahaja,’ – Prabowo Dedah Indonesia Tak Perlukan Bantuan Negara Luar

- Cuma 40 Minit Dari Pengkalan Balak, Melaka Bentang Kajian ‘Jambatan Malaysia-Indonesia’

- Kuala Lumpur Dalam Lensa Sinematik Ala Hollywood, Hasil Karya ‘Creator’ Indonesia Dipuji

Sebaliknya ia datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu, petik Sinar Harian.
“Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.
Menurut beliau, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000.
Nilai tersebut dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan Indonesia yang melibatkan peruntukan bernilai berbilion rupiah, mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian lagi.
“Isunya bukan pada bantuan itu sendiri, tetapi pada gambaran yang terbentuk,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa salah faham sebegini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri dalam menguruskan bencana.
Jelasnya lagi sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.
“Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” katanya.