Hot Wheels Proton Saga sentiasa menjadi rebutan peminat-peminat kereta diecast tempatan.
Baru-baru ini seorang budak lelaki mencuri perhatian netizen apabila dia ‘memborong’ tandatangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baca Juga:
- Tak Sampai 24 Jam Dilancarkan, ‘Scalper’ Jual Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas Setinggi RM500
- Walaupun Hot Wheels Proton Saga Bukan Berkuantiti Terhad, ‘Scalper’ Tetap Jual Mencecah Ratusan Ringgit
- Jalin Kerjasama Dengan Proton, Mattel Perlihat Model Saga Skala 1:64 Hot Wheels
Menerusi perkongsian TikTok @farhankadir21, budak lelaki itu menemui Tun Dr Mahathir yang ketika itu melawat Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
@farhankadir21 Alhamdulillah Terima Kasih Tun Dr Mahathir mai singgah jalan2 di Pekan Rabu. dapat juga Sign di Hotwheel Saga. #fyp #foryou #tundrmahathir #alhamdulillah❤️
“Kena bayaq sekupang,” seloroh Tun Dr Mahathir semasa menandatangan Hot Wheels tersebut.
Hantaran video itu meraih perhatian netizen. Ramai menyatakan budak lelaki itu bertuah dapat berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan dapat tandatangan beliau pada model kereta diecast yang pernah lancarkan 40 tahun lalu.
“Hot Wheels Proton Saga tandatangan Tun Dr Mahathir. Tunggu 10 tahun lagi. Boleh buat duit tu adik,” – TikTok @roswe111
“Okay adik. Hot Wheels Proton Saga awak paling rare dah. Simpan adik. Mana tahu nanti belajar sangkut PTPTN boleh guna modal itu,” – TikTok @virusdarker
“Bertambah mahallah Hot Wheels itu dengan adanya tanda tangan Tun M. Silap-silap collector datang cari kau itu adik nak beli dengan harga tinggi. Simpan adik. Confirm jadi barang rare,” – TikTok @tiungman1
Menurut TikTok @farhankadir21 bagi menjaga keadaan dan kualiti, Hot Wheels tersebut sudah dimasukkan ke dalam bekas protector.