Naruto merupakan sebuah animasi dari Jepun yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Jika anda seorang peminat setia Naruto, Kami yakin anda akan cukup teruja untuk melihat gambar bersaiz besar watak Naruto yang kini boleh dilihat di butik mewah Coach di Pavilion, Kuala Lumpur.

Butik utama Coach ini yang terletak berhadapan persimpangan Bukit Bintang merupakan lokasi terbaik untuk memberitahu orang ramai perihal koleksi Naruto x Coach yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang tidak tahu, hiasan di butik Coach ini adalah bersempena pelancaran koleksi edisi terhad antara Coach dan pelakon Michael B. Jordan, yang mana kesemua rekaannya bertemakan anime Naruto.

Rekaan pakaian ready-to-wear, kasut dan koleksi beg ini merupakan koleksi pertama Jordan bersama Coach. Jordan bekerjasama dengan Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers dalam menghasilkan semua rekaan ini.

Untuk melihat koleksi Coach x Naruto, anda boleh klik artikel di bawah.

Coach Dan Michael B Jordan Hasilkan Koleksi Edisi Khas Bersama Naruto

Pandang Pertama adidas Copa UltraBoost x Naruto ‘Kakashi’

New Era Malaysia Lancar Koleksi Khas ‘Naruto’