Sekiranya pada tahun lalu adidas berjaya mencipta fenomena apabila berkolaborasi bersama siri anime popular Dragon Ball, pada kali ini adidas nampaknya bakal meneruskan trend yang sama apabila berkolaborasi bersama siri Naruto.
Menerusi gambar model pertama daripada siri kolaborasi yang tertiris ini, dilihat model adidas Copa UltraBoost dipilih untuk dipadankan pada watak popular siri iaitu Hatake Kakashi.
Diinspirasikan daripada model kasut bola sepak, model kolaborasi ini hadir dengan material suede berwarna biru manakala jalur trademark adidas dipadankan dengan warna kelabu.
Lebih menarik, adidas turut menyertakan ‘mata’ Mangekyō Sharingan yang sinonim dengan Kakashi pada bahagian pull tab. Nama ‘Hatake Kakashi’ yang ditulis dalam Bahasa Melayu berjaya menaikkan lagi seri model ini.
Memandangkan adidas masih belum mengumumkan secara rasmi mengenai model keluaran ini, masih belum diketahui berapakah jumlah model hasil kolaborasi bersama siri Naruto bakal dikeluarkan. Sama-sama kita nantikan model-model lain yang dijangka luar menampilkan watak Naruto, Sasuke dan Sakura.