Saintis berjaya menemukan sebuah planet yang menyerupai Bumi. Planet ini yang mempunyai jarak 90 tahun cahaya dari Bumi ini difahamkan mempunyai atmosfera yang aneh dengan awannya berisi air.

Dilaporkan oleh CNN, eksoplanet yang disebut TOI-1231b, melengkapkan orbit penuh di sekitar bintangnya setiap 24 hari Bumi. Ia mengorbit bintang merah jenis M yang dikenali sebagai NLTT 24399. Penemuan planet ini diperincikan dalam kajian baru yang akan diterbitkan dalam edisi The Astronomical Journal yang akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Planet ini, TOI 1231 b, [mempunyai] suhu serupa dengan Bumi, ini kerana bintang induknya yang lebih sejuk dan kurang terang,” kata pengarang bersama kajian, Diana Dragomir, penolong profesor di jabatan fizik dan astronomi Universiti New Mexico, dalam satu kenyataan.

Para penyelidik dapat menentukan radius dan jisim planet ini, yang membantu mereka mengira ketumpatannya dan menyimpulkan komposisinya. “TOI 1231 b mampu mempunyai atmosfera hidrogen atau hidrogen-helium yang besar, atau atmosfera wap air yang lebih padat,” kata Dragomir.

Penyelidik turut percaya planet ini mempunyai suhu sekitar 60 darjah Celsius. Ini menjadikannya sebagai salah satu eksoplanet kecil yang paling sejuk dan tersedia untuk dikaji lebih mendalam pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=3d140lPrIng

“Berbeza dengan kebanyakan planet yang dikesan setakat ini, yang selalu mempunyai suhu panas dalam ratusan atau ribuan darjah, TOI-1231 b pula adalah sangat sejuk,” kata pengarang utama kajian Jennifer Burt dari Makmal Jet Propulsion NASA di Pasadena, California.

Sebelum ini, sebuah planet kecil seperti K2-18 b, yang ditemui pada tahun 2015 telah dikaji lebih mendalam dan para saintis berjaya menemukan air di atmosferanya.

“TOI-1231 b adalah satu-satunya planet lain yang kita ketahui dalam julat ukuran dan suhu yang sama, jadi pemerhatian masa depan planet baru ini akan memungkinkan kita untuk menentukan seberapa besar awan air (atau jarang) terbentuk di sekitar ini.” kata Burt.

Kini, TOI-1231 b dinilai sebagai calon untuk kajian lebih mendalam oleh Teleskop Angkasa Hubble atau Teleskop Angkasa James Webb, yang dijadualkan bakal dilancarkan bulan Oktober.

Webb akan mempunyai kemampuan untuk mengintip atmosfera eksoplanet dan membantu menentukan komposisinya. Dan Hubble dijadualkan untuk melihat eksoplanet akhir bulan ini.

NASA kongsi imej perbezaan kawasan hutan di antara Sarawak dan Brunei. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei

Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme

Dakwaan Matahari Akan Terbit Dari Sebelah Barat Adalah Palsu, Lapor NASA