Kapal angkasa NASA dalam misi selamatkan Bumi berjaya menghentam asteroid dalam ujian bersejarah dengan tujuan untuk mengubah laluan batu angkasa tersebut. Kapal angkasa Double Asteroid Redirection Test (DART), dilancarkan bertujuan untuk melanggar Dimorphos, asteroid bersaiz kecil dan dikategorikan sebagai tidak berbahaya yang terletak kira-kira 6.8 juta batu dari Bumi.
Menurut The Guardian, Misi yang menelan belanja sebanyak $325 juta itu direka untuk mengkaji sama ada pelanggaran itu mampu ‘mendorong’ asteroid tersebut mengubah laluannya. Hasilnya nanti akan memberi satu sudut pandang baharu buat para saintis dalam teknologi pertahanan planet.
Baca Juga:
- Bumi Akan ‘Kiamat’ Jika Pemanasan Global Melebihi 1.5 Darjah Celsius
- NASA Pantau Dua Asteroid Dekati Bumi, Didakwa Bersaiz Bangunan Pencakar Langit
IMPACT SUCCESS! Watch from #DARTMIssion’s DRACO Camera, as the vending machine-sized spacecraft successfully collides with asteroid Dimorphos, which is the size of a football stadium and poses no threat to Earth. pic.twitter.com/7bXipPkjWD
— NASA (@NASA) September 26, 2022
Kapal angkasa DART merempuh Dimorphos pada jam 7.14 malam. Difahamkan bahawa ia menjunam ke permukaan asteroid pada kelajuan 14,000 mph. Dalam satu video yang dimuat naik oleh NASA, kelihatan kapal angkasa DART bergerak laju ke permukaan Dimorphos beberapa minit sebelum hentaman itu berlaku.
Pentadbir NASA Bill Nelson berkata usaha yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari pelbagai negara ini akan membantu melindungi Bumi daripada serangan asteroid. “Kami menunjukkan bahawa pertahanan planet adalah usaha global,” kata Nelson.
Bagi mengetahui bahawa misi NASA untuk selamatkan Bumi ini berjaya atau tidak, NASA memerlukan beberapa minggu sebelum dapat mengesahkan sebarang perubahan dalam laluan asteroid tersebut. Matlamat misi ini adalah untuk melihat adakah terdapat perubahan – walaupun perubahan kecil – yang mampu untuk menghalang daripada berlakunya bencana besar yang akan memberi kesan kepada kehidupan di Bumi.
Asmall, satelit buatan Itali yang digunakan sebagai sebahagian daripada misi ini bakal terbang dalam jarak 25 hingga 50 batu dari Dimorphos bagi mengambil dan melihat kesan yang telah dibuat oleh kapal angkasa DART.
Don't want to miss a thing? Watch the final moments from the #DARTMission on its collision course with asteroid Dimporphos. pic.twitter.com/2qbVMnqQrD
— NASA (@NASA) September 26, 2022
Untuk rekod, Dimorphos adalah asteroid bersaiz 525 kaki lebar, ia mengorbit asteroid yang lebih besar dipanggil Didymos yang berukuran 2,500 kaki. Baik Dimorphos mahupun Didymos, kedua-dua batu angkasa ini tidak mendatangkan ancaman kepada Bumi.
Dalam beberapa minggu akan datang, teleskop akan digunakan untuk mengkaji Dimorphos dan orbitnya. Misi yang diketuai oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang dijadualkan dilancarkan pada 2024, akan mengkaji kawah hentaman pada asteroid dan meneliti Dimorphos dan Didymos dengan lebih terperinci.