Asteroid gergasi yang mampu memusnahkan Bumi akan melintasi planet kita pada hari Sabtu, esok, namun Global News melaporkan bahawa asteroid itu tidak akan menghentam bumi.

Asteroid yang dikenali sebagai PZ39 2002 dikatakan lebih tinggi daripada menara Burj Khalifa dan bergerak 55,000 kilometer sejam, menurut NASA.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

PZ39 cukup lebar dan besar untuk berada di dalam senarai NASA sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA) dan ini telah menyebabkan beberapa netizen mula bimbang dengan ancaman kepada Bumi.

“Hai NASA, bolehkah anda mengesahkan atau menafikan akan berlaku perlanggaran?” tanya seorang pengguna Twitter kepada akaun Asteroid Watch NASA, Rabu lalu.

Namun Asteroid Watch NASA menafikan soalan itu dengan menyatakan bahawa cerita berkenaan tidak benar, “cerita itu tidak betul,” jawab Asteroid Watch. “Tidak ada kebimbangan dengan asteroid 2002 PZ39 melintasi Bumi.”

Menurut NASA seperti yang dipetik Awani, agensi angkasa itu menyatakan bahawa asteroid tersebut akan berselisih dengan bumi sekitar 0.038 mengikut unit astronomi dan dilaporkan pergerakan ini tidak akan menyentuh bumi.

Pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas pula dengan yakin menyatakan bahawa asteroid itu tidak bahaya, “kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.

Tahun lalu, para astronomi tidak menyedari sebuah asteroid yang melintasi bumi dengan jarak yang lebih dekat daripada bulan. Asteroid itu tidak menghentam Bumi, tetapi ia mencetuskan ketakutan orang ramai kerana para astronom tidak menjangkakan kehadirannya.

NASA sebelum ini membuka peluang kepada semua orang yang mahu menjadi angkasawan. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

 

Sumber