Jika minggu lalu kecoh dengan berita burger special yang sedang jadi kegilaan di New York, kali ini kami hendak highlight satu makanan special yang ada di Langkawi. Kalau anda tak singgah di kedai ini, Tidak sah percutian anda di Langkawi.

BACA: ‘Burger Special’ Kini Sedang Jadi Kegilaan Penduduk New York

Nasi Ayam Pak Ya bukan seperti nasi ayam Hainan yang biasa kita makan di Kuala Lumpur. Rasanya juga berbeza dan tersendiri. Menu istimewa di sini adalah nasi ayam telur. Special-nya nasi ayam telur ini adalah ayamnya yang disalut dengan telur persis daging burger special.

nasi ayam pak ya

https://www.instagram.com/p/BYsA9oQnnkG/?taken-at=5898287

Satu set nasi ayam akan dihidangkan dengan sayur,sup dan kicap. Walaupun simple sahaja hidangan ini, tetapi ianya memang sedap dan sangat berbaloi. Kalau anda makan di sini, kena padankan dengan air teh ais. Memang mengancam!

Buat pengetahuan anda, nasi ayam Pak Ya juga tersenarai dalam senarai Langkawi Food Trail oleh Tourism Malaysia. Kalau sudah masuk dalam senarai ini, pastinya ianya hebat bukan?

Harga untuk nasi ayam hanya RM5.00 dan untuk nasi ayam telur pula RM6.00. Kalau anda memang akan pergi bercuti bulan hadapan ke Langkawi, ini kedai makan wajib singgah pertama yang anda perlu terjah. Saya akan kongsi list beberapa lagi kedai makan yang perlu anda boleh lawati di Langkawi dalam masa terdekat. Save dahulu kedai ini buat masa ini.