Baru-baru ini, Shila Amzah sah bertunang dengan jejaka pilihannya, Ubai sekaligus menafikan kontroversi yang muncul mengatakan mereka telah berpisah.
Berita pertunangan mereka telah dikongsikan sendiri Shila dan Ubai melalui media sosial milik mereka dan para peminat berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
Akan tetapi, pelamin pertunangan mereka pula menjadi perhatian apabila ada yang mengatakan bahawa ia terlihat seperti tiga pinggan nasi goreng cina.
Segelintir netizen turut bersetuju dengan pendapat individu terbabit dan ada juga yang baru sahaja perasan selepas lama meneliti gambar pertunangan Shila dan Ubai.
Dalam pada itu, para peminat turut mendoakan agar hubungan Shila dan pasangan akan berkekalan serta segala urusan akan dipermudahkan.