Nasi lemak bajet berharga RM1 selalunya akan diberikan secubit nasi, serta sambal dan beberapa ikan bilis untuk buat alas perut di pagi hari.
Namun, perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok bernama @Maizah888 telah memperlihatkan nasi lemak berharga RM1 yang ditawarkan oleh seseorang lengkap dengan lauk di dalam satu bungkusan.
Dengan harga seringgit, dia tidak menyangka telah menerima nasi lemak dengan sambal serta kacang dan paling menarik perhatian adalah seekor ikan bawal menerusinya.
Secara logiknya, harga nasi itu sudah pasti melebih seringgit namun itulah yang dibayar oleh wanita itu. Dia seperti tidak menyangka di tahun 2024 masih ada lagi peniaga yang baik hati untuk menjual makanan sambil bersedekah.
@maizah888
Perkongsian video itu langsung menarik perhatian netizen dan rata-ratanya sangat teruja melihat penawaran nasi lemak bajet yang lengkap dengan lauk pada harga terlebih mampu milik.


Dalam masa sama, ramai berpendapat mungkin peniaga terbabit mahu bersedekah sambil berniaga. Susulan itu, para netizen mendoakan agar peniaga tersebut dimurahkan rezeki yang lebih banyak sebagai balasan kebaikan yang dipamerkan.