Pelakon komedi terkenal Ropie ada berkongsi semula satu rakaman dashcam di mana ada sebuah lori terangkat bergerak dengan dua tayar memotong barisan di sehingga kenderaan di arah lorong bertentangan terpaksa mengelak masuk ke kawasan berumput tepi jalan.
Pada awal bahagian awal video berkenaan yang dikongsikan oleh Twitter @anthraxxx781, lori tersebut secara tiba-tiba keluar daripada barisan dengan laju sehingga bergoyang tidak stabil kerana penuh dengan muatan berat di belakangnya.
Baca Juga:
- Macam Dalam Filem Aksi, Myvi Bergerak Guna Dua Tayar Elak Bertembung Dengan Lori
- Cemas Nampak ‘Roadblock’, Geng Motor Sanggup Angkat Motosikal Seberang Pembahagi Lebuh Raya
- Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1595649047955587073?s=20&t=rp20DHw2Zh8D0wV_JJo83g
Pemandu kereta segera mengelak ke tepi jalan, begitu juga dengan kereta yang berada di belakangnya untuk mengelak daripada bertembung dengan lori tersebut.
Perkongsian video-video itu telah membuatkan netizen yang berasa cemas dan ngeri apabila melihat situasi tersebut kerana jika pemandu itu tidak dapat mengawal lori dengan baik, sudah pasti kemalangan berlaku terhadap kenderaan-kenderaan lain.



Menurut netizen, ada kebarangkalian lori tersebut mempunyai masalah untuk berhenti sehingga pemandu terpaksa mengambil satu ‘keputusan luar biasa’ untuk mengelak pertembungan kenderaan-kenderaan lain yang sedang beratur dalam barisan.
Pada masa pemandu perlu mengawal lorinya daripada melanggar kenderaan lain yang berjalan dari arah bertentangan. Tidak dapat dipastikan apa yang terjadi selepas rakaman video dashcam itu berakhir.
Terdahulu, ada juga sebuah Myvi terangkat bergerak dengan dua tayar apabila cuba mengelak sebuah lori di selekoh jalan. Keadaan itu terakam pada dashcam milik pengguna jalan raya lain yang berada di lorong bertentangan.