Nasib malang boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Seperti lelaki di Indonesia ini, nasib malangnya hadir apabila rahsia agung yang selama ini dia tidak ketahuai akhirnya terbongkar di malam pertama.
Nasib yang menimpa lelaki yang bernama MUH, berumur 31 tahun itu tidak secantik yang dia bayangkan. Kekasih yang dia kahwini, MIT, berumur 25 tahun dilaporkan enggan menjalinkan hubungan asmara dan rupanya adalah seorang lelaki.
MUH adalah lelaki dari Kediri, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat. Dia merasa ditipu setelah mengetahui identiti ‘isteri’ yang dinikahinya pada hari Khamis, 2 Jun lalu.
Perkahwinan mereka dilangsungkan secara sederhana. Hanya dihadiri oleh sebilangan kecil tetamu dan pemimpin agama.
MUH mula mengetahui rahsia agung ini ketika dia mahu melakukan hubungan asmara pada malam pertama setelah mereka disahkan berkahwin. Keinginan MUH ditolak pada mulanya oleh ‘isterinya’ dengan alasan haid.
“Malam berikutnya, MIT terus meminta perceraian tanpa alasan yang jelas dari MUH. Kecurigaan dia akhirnya terjawab setelah mendapat tahu mengenai identiti sebenar MIT,” kata Polis Kasat Reskrim Lobar, AKP Dhafiq Siddiq kepada media.
Tidak percaya pada mulanya, MUH mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai ‘wanita’ yang dia kahwini itu. Dan ternyata bahawa ‘isterinya’ itu adalah sebenarnya lelaki.
MUH, yang merasa ditipu, kemudian melaporkan kejadian terbabit kepada pihak Polis Kediri. Kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Lombok Barat. MUH mengaku mula berkenalan dengan MIT melalui media sosial.
“Kedua-duanya bercinta setelah berkenalan melalui media sosial sehingga berakhir dengan perkahwinan,” kata Dhafiq Siddiq.
Terdahulu, lelaki Indonesia ini insaf dari melakukan kegiatan merompak selepas teman wanitanya berkahwin dengan lelaki lain. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Merompak Demi Kekasih, Lelaki Ini Akhirnya Insaf Setelah Teman Wanita Berkahwin Dengan Lelaki Lain
Peluk Islam Selepas Main ‘Game Online’, Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia
Tetamu Kenduri Kahwin Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari Akibat ‘Lockdown’