Nasser Al Khelaifi menyindir Kylian Mbappe tentang kualiti La Liga yang dianggapnya tidak sehebat Ligue 1.
Presiden PSG itu berpendapat bahawa Ligue 1 adalah lebih sukar daripada La Liga, selepas kelabnya, PSG menjadi juara Liga Juara Juara Eropah baru baru ini.
Kejayaan itu menjadikan PSG sebagai hanya kelab kedua dari Perancis yang melakukannya selepas Marseille.

Ligue 1 lebih sukar berbanding La Liga
Dalam satu temu bual bersama saluran Al‑Kass Sport dari Qatar, Nasser Al Khelaïfi berkata: “Adalah lebih mudah menjaringkan gol di La Liga daripada di Ligue 1.”
Kenyataan itu ditujukan kepada Kylian Mbappe yang meninggalkan kelab itu secara percuma. Nasser Al Khelaifi masih sakit hati dengan cara Mbappe mengkhianati kepercayaannya kepada pemain itu.
Seterusnya, Nasser Al Khelaifi menyebut bahawa, mereka berjaya menutup mulut penyokong EPL yang kerap menggelar Ligue 1 sebagai Liga Petani.
Dia berkata: “Luis Enrique dengan bangganya mewakili Ligue 1 dan mempertahan liga kami apabila penyokong Liga Perdana Inggeris menyebut kami sebagai ‘liga petani’.
“Kami berjaya menewaskan Manchester City, Liverpool, Aston Villa dan Arsenal dalam Liga Juara-Juara musim ini.”
🗣️ Nasser Al-Khelaifi: “It’s easier to score goals in La Liga than in Ligue 1.” pic.twitter.com/0pGWaAtK3w
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 7, 2025
Khelaifi merujuk kepada kenyataan Luis Enrique sebelum ini yang menyindir penyokong EPL yang kerap melabel Ligue 1 sebagai Liga Petani.
Dia kemudian menambah: “Tiada siapa menjangkakan kami akan memenangi kejuaraan ini. Kami mendekati Liga Juara-Juara langkah demi langkah. Perlawanan di Anfield memberi keyakinan. Luis Enrique memberitahu saya sebelum aksi menentang Arsenal bahawa kami akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah kali ini.
“Saya sangat gembira dengan setiap gol dalam final; saya hampir tidak percaya kemenangan 5‑0 ke atas Inter. Kelab ini kini menjadi kebanggaan untuk Qatar dan Perancis. Selepas pencapaian luar biasa ini, kelab kini mencatatkan keuntungan.”
Dalam musim debutnya bersama Real Madrid, Mbappé mencatat 43 gol di semua pertandingan dan memenangi Kasut Emas Eropah, tetapi gagal memenangi trofi major.
Mbappe dilaporkan berkata dia tidak berasa terganggu dengan kekalahan tersebut, memberitahu BBC bahawa dia tidak menyesal meninggalkan PSG kerana perjalanannya bersama kluba sudah tamat.