Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menyatakan Natxo Insa layak dipanggil bagi beraksi bersama skuad kebangsaan.
Pemain tengah itu menjadi salah seorang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini.
Baca Juga:
- Faisal Halim Kembali Sertai Skuad Negara, Tiada Pemain Warisan Baharu Hadapi Nepal
- Tunku Ismail Dedah Mengapa JDT Berpisah Dengan Esteban Solari
- Bos Buriram United Baca Jampi, Ini Pandangan Tunku Mahkota Ismail
Pemilihan Insa nyata mendapat kritikan dari peminat namun Tunku Ismail menganggap pemain berusia 39 tahun itu layak dipanggil selepas menampilkan prestasi konsisten bersama JDT.
Natxo Insa Tampilkan Prestasi Terbaik

“Jika kita lihat statistiknya — sejauh mana dia berlari, intensiti tekanannya, hantarannya — menurut laporan Konfederasi Bola Sepak Asia, dia menduduki tempat pertama dalam peringkat liga. Jadi? Ini Natxo Insa, bukan Brendan Gan, okay?
“Di Malaysia, sesiapa yang menjilat media disayangi, tetapi mereka yang tidak menjadi mangsa. Jika pemain warisan dan bercakap dengan baik kepada media, dia dipuji, tetapi beberapa pemain ini tidak beraksi dengan baik.
“Sementara itu, mereka yang bermain dengan baik tidak mendapat kredit yang sepatutnya. Jika Insa tidak bagus, kenapa dia masih bermain di JDT? Kami masih mahukan dia kerana fakta, statistik, berapa kilometer dia berlari, dan kawasan yang dia liputi.
“Dia mungkin tidak sepantas pemain muda, tetapi dia perlu berada di sana. Pada saya, Insa masih boleh menyumbang,” kata Tunku Ismail.

Berikut merupakan senarai penuh barisan 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan:
Penjaga Gol:
1) Syihan Hazmi
2) Kalamullah Al-Hafiz
3) Haziq Nadzli
Pertahanan
4) Daniel Ting
5) Dion Cools
6) Harith Haiqal Adam Afkar
7) La’vere Corbin-Ong
8) Matthew Davies
9) Quentin Cheng
10) Safwan Mazlan
11) Shahrul Saad
12) Ahmad Zikri Khalili
Pemain Tengah
13) Afiq Fazail
14) Endrick Dos Santos
15) Nazmi Faiz Mansor
16) Natxo Insa
17) Nooa Laine
18) Safawi Rasid
19) Stuart Wilkin
20) Syameer Kutty Abba
Penyerang
21) Akhyar Rashid
22) Arif Aiman Mohd Hanapi
23) Faisal Halim
24) Haqimi Azim
25) Paulo Josue
26) Romel Morales
27) Mohamadou Sumareh